Construction Process in Johor, Malaysia
Tuesday, August 9, 2022
Monday, October 14, 2019
Proses Permohonan Strata Title
Pengenalan
Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau Hakmilik strata mulanya telah diperkenalkan pada 1966 melalui Kanun Tanah Negara Malaysia 1965, untuk meningkatkan perundangan bagi pemilikan bangunan berbilang tingkat. Sebelum ini ia dikenali sebagai hakmilik subsidiari dengan rujukan bangunan yang didirikan di atas tanah berimilik. Pada pindaan 2007, konsep hakmilik strata telahblok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah berimilik. Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.
Skim hakmilik strata mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara ‘self-governance’ oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan. Petak-petak samada apartmen, kondominium, rumah Bandar, kompleks komersil, GACOS dan lain-lain ditunjukkan diatas hakmilik sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tanggan, bumbung, taman dan sebagainya.
Fungsi
Kepentingan dalam permohonan kelulusan hakmilik strata bagi pemaju adalah semasa proses penyerahan kunci dan penubuhan JMB (Join Management Body).
Proses
Proses permohonan Strata Title terbahagi kepada 4 proses utama:
1) SIFUS (Sijil Formula Unit Syer)
2) COB ( Commissioner of Building)
3) CPSP (Certificate Proposed Strata Title)
4) Strata Title
Thursday, December 14, 2017
Pembuka Bicara Blog Pembinaan di Malaysia
Bismillah...
Blog ini ditubuhkan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang pembinaan. Fokus kepada proses pembinaan secara teknikal, terutama dari sudut job scope pemaju (project owner) di kawasan Johor Bahru Malaysia.
Berharap blog ini akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua.
(^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)
